iPad Mini Akan Dijual Esok (7 Disember) Di Malaysia

Post by: Red X Mota





Berdasarkan maklumat daripada Laman Pages Facebook Shibli Vision, iPad Mini dijangka akan dijual di Malaysia mulai esok iaitu pada 7 Disember 2012 (Jumaat), seminggu lebih awal daripada pelancaran iPhone 5 pada 14 Disember 2012. Shibli Vision turut memaparkan gambar berkotak-kotak iPad Mini yang diambil di salah sebuah Apple Reseller di Kuala Lumpur.

Kami telah membuat panggilan telefon ke sebuah Apple Reseller di KLCC bagi membuat pertanyaan berkenaan iPad Mini. Jawapan yang kami perolehi ialah iPad Mini akan dijual dalam minggu ini dan selewat-lewatnya pada hari Isnin (10 Disember).
Menurut Shibli Vision juga, harga iPad Mini di Malaysia bermula RM 1,099 bagi iPad Mini Wifi berkapasiti 16 GB, RM 1,399 bagi 32GB dan RM 1,699 bagi 64GB. Manakala bagi iPad Mini 4G berkapasiti 16GB berharga RM 1,499, 32 GB berharga RM 1,799 dan 64 GB berharga RM 2,099.
iPad Mini telah dilancarkan pada 23 Oktober yang lalu oleh Apple dan ia merupakan iPad pertama bersaiz 7.9 inci dan dilengkapi dengan pemprosesan A5 dual-core. Populariti iPad Mini sememangnya terbukti apabila ia berjayanbsp;dijual sebanyak 3 juta unit hanya dalam tempoh 3 hari sahaja apabila dilancarkan. Tertarik? Berminat? Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan keistimewaan dan kelebihan iPad Mini, pembaca boleh membaca artikel kami sebelum ini.


0 comments:

Post a Comment

My Sponsor

Facebook Community